MINYAK ARGAN

SECRETLEAF: PURE OIL SERIES 01


HARGA PASARAN: RM75/15ML
POS PERCUMA


SecretLeaf kini ingin memperkenalkan produk penjagaan terbaru kami, Pure Oil Series 01, minyak asli yang pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia, diekstrak dari pohon Argan (Argania spinosa) hanya boleh didapati di Benua Afrika, yang berkeupayaan tinggi untuk melambatkan kesan-kesan penuaan dan menghilangkan parut serta kesan regangan selepas bersalin.

Komposisi SecretLeaf Pure Oil Series 01 adalah unik, mengandungi kandungan Vitamin E dan Asid Lemak Utama (Essential Fatty Acids) yang tinggi, tambahan lagi keupayaan antioksidan Pure Oil Series 01 telah terbukti jauh lebih baik daripada minyak zaiton. Kesemua kelebihan ini menjadikan ianya produk anti-penuaan yang sempurna bagi semua peringkat umur, sama ada anda berusia 20-an mahupun pertengahan 40-an.
SecretLeaf Pure Oil Series 01 berfungsi melindungi kulit dari kesan bahaya persekitaran seperti pancaran UVA dan UVB dari matahari, dan pada masa yang sama meneutralkan radikal bebas, mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan mempercepatkan proses pemulihan parut. Ianya merupakan produk yang terbaik untuk melembutkan kulit yang kering, termasuklah menyembuhkan kekeringan kulit akibat keratosis pilatoris.

Paling unik, Secretleaf Pure Oil Series 01 bukan sahaja boleh digunakan pada kulit, malahan ianya adalah produk penjagaan menyeluruh tubuh anda, kerana khasiatnya yang berkesan memulihkan rambut yang rosak dan bercabang serta menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar. Ianya juga sangat efektif untuk menguat dan memulihkan struktur kuku yang rapuh serta membantu melembutkan kutikel.

Untuk tempoh yang terhad, anda boleh memiliki Pure Oil Series 01 dengan harga pengenalan RM75 untuk 15ml! Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kulit yang kekal muda secara semulajadi!

—————————————————————————————————.

Pure Oil Series 01 Untuk Kulit Berjerawat
Katakan ‘Selamat Tinggal’ kepada kulit berjerawat. Masalah jerawat anda akan dapat diatasi secara efektif dengan penggunaan Pure Oil Series 01 yang mengandungi 100% Minyak Argan.
Sehingga kini, berjuta-juta individu mengalami masalah jerawat yang menyebabkan individu tersebut menjadi malu dan kurang selesa dengan penampilan diri, terutama ketika berhadapan dengan orang ramai. Mengapa? Ini kerana lapisan permukaan kulit terganggu dan menyebabkan perubahan kepada tekstur kulit semulajadi lalu mengakibatkan kemunculan jerawat, ‘blackhead’ dan ‘whitehead’. Di antara kesemua pilihan rawatan, kebanyakan individu lebih yakin menggunakan bahan semulajadi seperti minyak Argan yang membantu masalah jerawat.

Mengapakah jerawat terhasil?
Jawapannya adalah mudah. Kelenjar sebum yang kebanyakannya terdapat di wajah dan bahagian belakang badan menghasilkan sebum (cecair berminyak) yang berfungsi mengekalkan kelembapan kulit. Ianya bertindak seperti bahan pelincir yang mengelakkan kulit daripada kehilangan kelembapan semulajadi. Kelenjar ini berhubung terus dengan folikel rerambut. Sebum yang terhasil akan melalui liang folikel ini untuk sampai ke permukaan kulit. Walau bagaimanapun, masalah akan timbul apabila kelenjar tersebut menghasilkan sebum melebihi jumlah yang diperlukan. Terlalu banyak sebum dihasilkan mengakibatkan pori kulit tersumbat, menjadikan bakteria senang membiak di bahagian tersebut lalu menyebabkan kemunculan jerawat dan bintik hitam.

Minyak Argan
Diekstrak dari buah pohon Argan, minyak ini seringkali disyorkan untuk kejelitaan wajah. Ini kerana kandungan Vitamin E minyak Argan yang tinggi menggalakkan kulit yang sihat. Penggunaan kerap telah membuktikan ianya menjadikan wajah lebih berseri dan menawan. Malahan masalah kulit yang teruk seperti eczema boleh dipulihkan secara efektif dengan minyak Argan.

Minyak Argan Untuk Masalah Jerawat
Adakah minyak Argan boleh menyembuhkan jerawat? Sudah tentu. Ianya merupakan rawatan semulajadi untuk menyelesaikan masalah kulit. Kelebihan minyak Argan adalah sangat banyak dan salah satunya ialah memulihkan masalah kulit seperti jerawat. Untuk mengelakkan kemunculan jerawat, produk-produk biasa yang terdapat di pasaraya mungkin tidak berkesan, namun sesiapa pun tidak akan kecewa apabila menggunakan minyak Argan. Menghilangkan jerawat adalah mudah dengan minyak Argan yang mampu dimiliki semua.

Bagaimana Minyak Argan Memulihkan Jerawat
Seperti yang telah diterangkan, rembesan sebum yang terlalu banyak adalah penyebab masalah ini. Jadi bagaimanakan minyak Argan mengatasi masalah tersebut? Penggunaan minyak Argan menghentikan penghasilan sebum yang terlalu banyak, seterusnya mengurangkan kemunculan jerawat. Dengan kata lain, minyak Argan mengawalatur penghasilan sebum dan mengelakkan liang pori dari tersumbat, seterusnya mengurangkan risiko kemunculan jerawat. Penggunaan harian minyak Argan menggalakkan penghasilan sebum yang terkawal, dengan ini membantu kulit wajah menghilangkan jerawat.

Produk yang mengandungi 100% minyak Argan telah terbukti sangat bermanfaat untuk individu dengan masalah jerawat. Jika minyak Argan digunakan setiap hari untuk merawat jerawat, dalam masa 2 minggu sahaja kesan positif ke atas kulit wajah boleh dirasai sendiri. Pastinya jerawat akan hilang, dan seri wajah akan dikembalikan.

Minyak Argan Untuk Menghilangkan Parut
Bagi sesetengah individu, walaupun jerawat telah hilang, namun ianya meninggalkan parut yang mencacatkan kulit. Parut kesan jerawat seringkali menyebabkan perubahan warna kulit kawasan tersebut kepada lebih gelap. Selalunya, ia akan mengambil masa yang lama untuk kembali ke warna kulit asal. Kajian saintifik mendapati apabila minyak Argan digunakan setiap hari, ianya akan mengurangkan kesan parut. Oleh kerana kandungan Vitamin E dan asid lemak utama omega 3 minyak Argan yang tinggi, penggunaan harian menjadikan kulit semakin lembut dan bebas parut.

Secara keseluruhannya, kulit wajah yang menawan meningkatkan keyakinan diri dan menyerlahkan personaliti menarik. Ini semua akan dapat dinikmati dengan penggunaan produk penjagaan kulit yang efektif seperti minyak Argan. Jerawat dan masalah kulit yang lain tidak akan mengganggu anda sama sekali jika anda menggunakan minyak Argan dalam rutin kecantikan setiap hari.

Paling unik, Secretleaf Pure Oil Series 01 bukan sahaja boleh digunakan pada kulit, malahan ianya adalah produk penjagaan menyeluruh tubuh anda, kerana khasiatnya yang berkesan memulihkan rambut yang rosak dan bercabang serta menjadikan rambut lebih sihat dan bersinar. Ianya juga sangat efektif untuk menguat dan memulihkan struktur kuku yang rapuh serta membantu melembutkan kutikel.

Cara-cara penggunaannya:

* Untuk Kegunaan Kulit : Sapukan 2 hingga 4 titis Pure Oil Series 01 dengan rata ke seluruh wajah, leher atau bahagian yang bermasalah yang telah dibersihkan setiap pagi dan sebelum tidur. Urut secara perlahan sehingga ianya diserap dengan baik.

* Untuk penjagaan kulit kepala dan rambut: Sapukan Pure Oil Series 01 pada kulit kepala dan urutkan dengan sekata sehingga ke hujung rambut. Biarkan selama 30 minit dan basuh rambut dengan shampu seperti biasa. Ulangi 2 kali seminggu untuk kulit kepala dan rambut yang sihat.


* Untuk Pemeliharaan kuku: Rendamkan jari dalam campuran Pure oil Series 01 bersama perahan lemon selama sepuluh minit dan kemudia bilas. Lakukan setiap minggu untuk memulihkan kuku yang rosak dan melembutkan jari.

Pure Oil Series 01 juga sesuai digunakan sebagai minyak urutan bagi mengurangkan rheumatisma dan sakit arthritis.

Jika sekiranya, anda ingin menyolek muka anda dengan produk-produk yang lain, dipohon agar membiarkan dahulu pure oil series ini selama 10 minit (untuk kesan yang maksimum).


Kenali Minyak Argan
Minyak Argan dan Pokok Argan - Liquid Gold Of Morocco


Pokok Argan

Pokok Argan atau nama saintifiknya Argania Spinosa ialah sejenis pokok yang tergolong di dalam keluarga Sapotaceae. Ia berasal dari era Tertiary dan merangkumi sebahagian besar kawasan Morocco dan kemudian telah kembali ke barat daya pada zaman ais. Dari sinilah bermulanya penempatan manusia di seluruh Maghribi. Pokok-pokok Argan hidup di kawasan yang agak kering di kawasan barat daya Maghribi.


Kawasan yang agak kering

Pohon Argan adalah pohon hutan khusus dan mempunyai buah yang luar biasa. Ia mewakili 65% (700,000 ha) kawasan hutan di barat daya Maghribi.

Kawasan ini telah diwartakan oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, dan Argan dengan sendirinya mewakili ekologi dan sosio-ekonomi bagi kawasan tersebut.

Kawasan yang tandus kering telah menjadi sumber pendapatan utama bagi hampir 3 juta penduduk di kawasan ini.

Pohon Argan mempunyai manafaat yang banyak, kayunya dijadikan kayu api ataupun arang, daun, sisa kulit dan buah Amandons menjadi sumber kepada haiwan terutama kambing.


Kambing di atas pohon Argan

Keistimewaan Minyak Argan
Minyak Argan kaya dengan nutrisi semulajadi yang boleh membantu dalam pembaharuan sel-sel yang rosak. Kebanyakan wanita-wanita Morocco mengamalkan minyak Argan untuk kulit badan mereka kerana faktor geografi yang agak panas di Morocco.


Minyak Argan memainkan peranan dalam melindungi kulit dari panas cahaya matahari. Dan ia amat sesuai untuk menghilangkan ketegangan kulit (stretch mark), terutama bagi wanita yang sedang mengandung atau selepas melahirkan anak.


Minyak ini juga amat berkesan untuk merawat kuku yang bermasalah dan sesuai untuk rawatan rambut.


Dari segi penjagaan kesihatan, minyak ini dapat menstabilkan kandungan kolesterol dalam darah dimana ia dapat mengurangkan kolesterol 'jahat' dan meningkatkan kolesterol 'baik' di dalam darah.


Argan juga dapat mengurangkan tekanan, menpunyai unsur 'anti-obesity' dimana ia bertindak sebagai pengganti makanan (perlukan maklumat lanjut). Minyak ini juga amat baik untuk fungsi buah hati kita. Ia meneutralkan radikal bebas dan melindungi tisu-tisu.


Dengan komponen esensialnya, minyak argan memiliki manfaat memulihkan struktur kulit yang mengalami proses penuaan dan juga dapat memulihkan keanjalan dan kelembapan kulit.

Minyak ini berfungsi sebagai rawatan semulajadi dan organik untuk masalah dermatologis seperti jerawat pada usia remaja dan eczema. Wanita yang memiliki stretch mark semasa kehamilan juga menggunakan minyak ini untuk menghilangkan tanda.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa minyak argan adalah penyelesaian semulajadi yang boleh digunakan untuk melindungi kulit yang terdedah dengan pancaran UV yang berbahaya yang diketahui penyebab kepada kanser kulit.

Minyak ini juga kaya vitamin E. Vitamin ini memberikan minyak kekuatan untuk menjadi anti-oksidan. Jumlah quality tokoferol yang hadir dalam minyak argan membantu melindungi kulit terhadap pengoksidaan dan aktiviti radikal bebas yang dikaitkan dengan penuaan kulit dan kanser.

Testimoni:

Selepas 5 hr penggunaan, parut jerawat berkurangan dan wajah semakin cerah. Ia juga sesuai utk menghilangkn kedutan dan lingkaran hitam pd mata. Saya tidak ketinggalan menggunakan Pure Oil Series 01 setiap hari.
Nuraizah, Kuala Pilah 019-6210479

Masalah kulit saya adalah tona kulit tidak sekata dan jerawat yg banyak. Saya guna Pure Oil Series 01 selama 3 hari dan jeragat di wajah berkurangan serta tona kulit kembali sekata.
Hasnah, N9.

Selepas guna Pure Oil Series 01 hampir 3 minggu, kulit mjadi lembut, cerah dan lebih anjal. Saya tidak menyangka kulit saya boleh berubah sebegini. ada yg kata usia saya 25 tahun.
Fazilah, 37 thn, 016-2669573

Kulit kepala saya sangat kering sehingga keluar kepingan kerak yg sangat ketara. Bila saya sapu 2titis Pure Oil Series 01 ke atas kulit kepala, kepingan2 tersebut hilang dgn segera.
Mohd Shahril, 17thn.

Kesan hebat dalam seminggu
Nama: Intan Zuria Hanini Nordin
Lokasi: Taman Melati, Kuala Lumpur
Umur: 27 tahun
“Kulit saya kekal lembap walaupun berada di pejabat berhawa dingin sepanjang hari. Parut dan bintik-bintik hitam diwajah juga semakin pudar dalam masa hanya”

Kembalikan keremajaan kulit dengan Pure Oil Series 01
Nama: Fazila binti Mohamad
Lokasi: Seremban, Negeri Sembilan
Umur: 37 tahun
“Perbezaan selepas mencuba Pure Oil Series 01 memang ketara! Saya mempunyai tona kulit tidak sekata, garis-garis halus dibawah mata serta jeragat di wajah. Setelah menggunakan Pure Oil Series 01 dua kali sehari, jeragat berkurangan dan kulit menjadi tegang, cerah dan berseri, sehinggakan kawan-kawan pun hampir tidak mengenali”

Hilangkan tumit merekah dengan Pure Oil Series 01
Nama: Tengku Noorasiah Engku Yusoff
Lokasi: Ketereh, Kelantan
Umur: 47 tahun
“Sangat menakjubkan! Baru pakai 2 kali pakai sudah nampak perbezaan. Tumit kaki yang merekah telah berkurangan dan kulit kaki menjadi lebih licin”

Muda lebih 10 tahun dengan Pure Oil Series 01
Nama: Dinny Mai Ayu Mohd Yusoff
Lokasi: Seremban, Negeri Sembilan
Umur: 47 tahun

“I dah pakai Pure Oil Series 01 tu dah 4 hari, ramai yang cakap muka Kak Ayu macam orang umur 35″

Pure Oil Series 01 mengembalikan tona wajah sekata
Nama: Nur Akma bt Mansor
Lokasi: Lanas, Kelantan
Umur: 20 tahun

“Saya suka menyertai aktiviti lasak menyebabkan tona kulit saya tidak sekata. Kini tona kulit saya kembali normal, malah lebih cerah setelah menggunakan produk ini. Kini saya tidak lagi risau menyertai aktiviti”

Wajah licin dan gebu dengan Pure Oil Series 01
Nama: Mahani bt Hashim
Lokasi: Kelantan
Umur: 33 tahun
“Sebelum ini kulit muka saya kusam dan tak bermaya. Setelah mencuba Pure Oil Series 01, ramai yang telah memuji saya terutama suami. Kulit muka saya kini lebih licin dan gebu”

Pure Oil Series 01 menghilangkan jerawat dalam 4 hari
Nama ; Puan Junaidah binti Kassim
Lokasi : Baling, Kedah
Umur: 41 tahun
“Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan produk ini. Sebelum ni Kak Ju ada masalah jerawat pasir, jerawat nanah dan parut. Setelah 4 hari menggunakan Pure Oil Series 01, jerawat kering dan parut dah semakin hilang”

Pure Oil Series 01 mujarab menghilangkan parut
Nama: Siti Fadzilawati
Lokasi: Pasir Mas, Kelantan
Umur: 32 tahun
“Selepas menggunakan Pure Oil Series 01, kesan regangan selepas bersalin semakin berkurangan. Saya juga gunakannya untuk menghilangkan parut di badan anak saya dan ianya sangat mujarab”

Pure Oil Series 01 menegang dan mencerahkan wajah
Nama: Wan Maznah
Lokasi: Kelantan
Umur: 35 Tahun

“Sebelum ini saya telah mencuba bermacam produk tetapi tidak berkesan. Sejak menggunakan Pure Oil Series 01, jerawat di wajah saya semakin berkurangan dan kulit serta wajah saya semakin licin dan bersih. Bukan itu sahaja, kulit saya menjadi lebih tegang dan kelihatan lebih cerah”
DAPATKAN LEBIH BANYAK TESTIMONI MELALUI YOU TUBE


Sila lihat ruangan "kalau nak order" untuk membuat pembelian...